TIPS PUASA PENUH UNTUK PESAKIT GASTRIK DI BULAN PUASA 

Setiap kali tiba Ramadhan, ada sesetengah orang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam yang ke-3 ini. Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk memunaikan ibadah puasa?

Ramai beranggapan bahawa serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat  kerana apabila berpuasa, keseluruh sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Ini bermaksud semasa berpuasa, perut kosong dan tiada makanan. Asid tidak akan keluar dengan banyak dan menghakis perut yang kosong kerana asid hanya akan keluar terutamanya bila ada makanan dalam perut.

Apa itu penyakit gastrik? 

Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umumadalah dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Ia berlaku disebabkan keradangan dilapisan permukaan perut.

Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga pH2 yang mencernakan makanan. Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut dan menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

80% penderita penyakit gastrik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan seperti ubat  tahan sakit dan stress.

3 tips Ramadhan untuk pesakit gastrik supaya dapat berpuasa penuh

 

No.1 -Elakkan

  • Makanan bergoreng, lemak dan makanan yang mengandungi asid contohnya buah-buahan citrus seperti lemon, limau, grapefruit dan oren bersama produk berasaskan buah tomato.
  • Makanan segera dalam tin/proses terutama produk berasakan tomato yang biasanya mempunyai banyak bahan kimia dan pengawet yang boleh memburukan lagi masalah gastrik.
  • Makanan yang terlalu banyak mengandungi gula dan karbohidrat ditapis.
  • Kafein yang terkandung dalam teh, kopi, soda dan lain-lain minuman yang membuatkan kerap terkencing dan mengeluarkan banyak garam mineral dalam badan pada siang hari berpuasa.
  • Merokok juga dikaitkan dengan gastritis dan penyakit ulser peptic. Merokok melambatkan penyembuhan ulseryang sedia adadan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan rufluks asid untuk pesakit gastrik.
  • Ubat-ubatan yang merengsa lapisan perut.

No. 2 –Amalkan makanan

  • Karbohidrat atau makanan yang lambat tercerna di waktu sahur supaya makanan lebih tahan lama, membuat kurang berasa lapar dan lebih bertenaga.
  • Kurma adalah sumber gula yang sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium & magnesium.
  • Badam kaya dengan protein dan serat. Campuran badam dan susu menjadikan minuman yang sihat.
  • Pisang adalah sumber karbohidrat yang baikdan mengandungi kalium dan magnesium.
  • Makan makanan yang dimasak secara panggang dan rebus daripada makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Makan secara sederhana dan dalam kuantiti yang kecil serta berbuka segera selepas masuk waktu.
  • Sahur dengan cara yang diajarkan oleh Rasullullah dari segi mengurangkan risiko komplikasi. Melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.
  • Berhenti makan 3-4 jam sebelum tidur untuk memberikan sistem pencernaan masa berehat yang mencukupi. Oleh itu pesakit harus mengurangkan tradisi ‘moreh

No. 3 – Minuman

  •  Jika kelihatan letih , lesu dan pucat, hendaklah berwaspada kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
  • Minum segelas penuh susu segar semasa sahur kerana ini akan membantu khasnya pesakit gastrik.

No.4. Berjaga-jaga

  • Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka buasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
  • Kajian menunjukan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu jika mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan doctor kerana puasa mungkin memudaratkan.