Tengok Dulu Fakta Nutrisi Kek Coklat Ni Dulu

Kalori : 153kcal
Lemak :15g
Karbohidrat: 55g
Protein :3g
Serat: 44g

Jom Tengok Resepi Kek Coklat Rendah Lemak

Tips masak Kak Z: Kek ini tak pakai butter dan telur dan so barulah rendah lemak. Toppingnya kita ganti dengan krim dan susu yang rendah lemak. Korang boleh makan tanpa risau dengan kandungan lemak yang berlebihan.

BAHAN- BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
12 sudu serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan air
1/2 cawan susu rendah lemak
1/2 cawan yogurt asli rendah lemak
1 sudu teh esen vanilla

CARA PENYEDIAAN :

1. panaskan ketuhar pada suhu 180darjah celcius
2. ratakan loyang 7inci dengan sedikit minyak dan tepung atau alaskan dengan kertas minyak.
3. ayak tepung dengan serbuk penaik, bikarbonat soda dan serbuk koko.
4. campurkan semua bahan dan pukul mengunakan mesin pemukul kek selama 3-4 minit sehingga sebati.jangan pukul terlalu lama.
5. bakar dalam ketuhar selama 25minit atau sehingga kek masak.
6 keluarkan kek dari acuan dan boleh sapukan toppingnya.

TOPPING:

100g coklat masak
50ml susu cair
1/2 sudu minyak sayurCARA MENYEDIAKAN:
masakan semua bahan topping sehingga cair dan sebati. Sejukkan jap hingga ia sedikit likat dan tuang pada kek lepas dah sejuk.