Image result for salmon and pasta recipes

 

Yuolss still tertanya-tanya dan tiada idea untuk masak apa hujung minggu ni? Jangan risau, Kak Ziana ada di sini untuk membantu yuolls.

Ini adalah makan malam yang sempurna untuk dimakan pada hujung minggu bersama keluarga yuolls Salmon yang enak dimasak dalam sos krim yang istimewa dengan taburan pasli segar di atasnya. Dah la sedap, dijamin sihat pulak tu. Makanan sempurna untuk keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jom tengok cara nak buat hidangan ini. oh lupa Kak Ziana nak ingatkan, resepi masak ni untuk 4 orang makan tau. Yuolls jangan pegi melantak sengsorang pulak.

 

 

Bahan-Bahan:

  • Pasta 450g (lebih baik dari jenis pasta wholemeal/wholegrain)
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 1-2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 bawang merah, dihiris
  • 3 x 150g salmon segar, dibuang kulit dan dipotong kiub
  • 150ml krim memasak rendah lemak
  • 3 sudu besar parsli segar dicincang
  • garam dan lada hitam segar

 

Cara membuat:

  • Masak pasta dalam periuk air mendidih. Taburkan sedikit garam dan lada hitam.
  • Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tambah bawang putih dan bawang merah dan tumis selama 3-4 minit atau hingga bawang menjadi lembut.
  • Masukkan kiub salmon dan krim. Teruskan masak dengan api perlahan selama 5 minit, atau sehingga salmon dimasak sempurna.
  • Masukkan pasta kering dan secubit garam & lada hitam. Taburkan daun parsli diatas hidangan dan sajikan.

Yuolls boleh la cuba hujung minggu ni. Selamat mencuba.