Resepi ikan bakar ni saya dah buat sendiri. Memang sedap. Saya bukannya pandai masak mana. Jadi kita selalu guna resepi yang simple simple je dan cepat. Cepat tu paling utama tau bagi saya. Sebab saya kejar masa hehe

 

At least kalau anak menangis duk kat kaki pon…saya boleh siap masak hihi. Anak kecik-kecik camni la 😀

 

Ok berbalik pada resepi kita…

 

Ikan pilihan kita. Saya selalu pilih ikan kembung je.

Serai 1-2batang dihiris halus

Cili kering yang dah dipotong kecik dan direndam dengan air panas

Daun kunyit 1-2 helai dihiris

Bawang besar 1 di hiris

Bawang putih 3 biji dihiris

Halia 1 inci dihiris

Gula dan garam sesedap rasa

 

Caranya blend semua di atas. Kemudian perap dengan ikan.

 

Perapla bape lama nak. Saya perap jap je.

 

Guna aluminium foil untuk balut ikan. Dan bakar atas daun pisang.

 

Saya takde aluminimum foil. Guna je daun pisang. Takde melekat pon kat kuali hihi.

 

Sumber : Seismik Makan