Image result for Steamed Soy Ginger Dory

Ikan ni merupakan sumber portein yang terbaik. Tapi, kalau yuolls salah masak, kebaikan protein yang ada dalam ikan akan hilang. Jadi, menu paling baik untuk masak ikan ialah dengan merebus ataupun kukus. Dalam blog entri kali ni, Kak Ziana nak kongsikan pada yuolls resepi senang Ikan Dory Kukus dalam Kicap Berhalia yang menyihatkan.

 

 

Bahan-bahannya

  • 2 keping isi ikan dory
  • 1 cawan jus lemon
  • 1/2 batang lobak merah saiz sederhana, dihiris halus
  • 2 inci halia muda, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus
  • 5 biji bawang merah, dihiris halus
  • 1 pokok daun bawang hiris halus
  • 4-5 biji cili padi, diketuk
  • 1/4 bahagian bunga kobis, dipotong kiub
  • Garam dan lada hitam
  • #3 camca besar kicap cair
  • #1 camca teh sos tiram
  • #1/4 camca teh minyak bijan
  • #1 camca madu

Cara membuatnya

Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit dan kemudian dicuci bersih

Lumur bahan (#) pada ikan hingga rata. Perap selama 20 minit. Kemudian letak ikan dalam bekas tahan panas.

Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang rasa. Kukus selama15 – 20 minit atau hingga ikan masak.

Makan tanpa rasa risau terhadap diet yuolls!