Perubahan cuaca dan kurang minum air merupakan dua faktor utama kepada masalah kulit kering. Selain itu kesilapan memilih produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit juga boleh menjadi penyebab kepada masalah ini.
Ramai yang beranggapan masalah kulit kering ini boleh diatasi dengan hanya menyapu pelembab atau losyen pada permukaan kulit. Namun ini bukan penyelesaiannya kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, masalah kulit kering boleh bertambah serius. Lama kelamaan, kulit yang kering akan mula mengelupas dan menyebabkan kesan luka dan parut pada kulit.
Dalam blog entri kali ni, Kak Ziana nak ajar 8 Cara Mengatasi Masalah Kulit Kering yang boleh anda amalkan untuk memastikan kulit anda sentiasa kelihatan lembab dan awet muda.
1) Amalkan mandi dengan air suam. Air yang terlalu panas atau terlalu sejuk tidak sesuai untuk kulit.
2) Kurangkan penggunaan produk pencuci muka untuk memastikan kulit wajah tidak kelihatan kusam.
3) Setiap kali anda mandi atau mencuci muka, pastikan tiada kesan sabun yang masih melekat pada kulit.
4) Pastikan kulit anda tidak terlalu terdedah pada sinaran matahari. Terdedah terlalu lama pada penghawa dingin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
5) Amalkan menyapu pelembab atau losyen setiap kali selepas mandi.
6) Pastikan anda minum air suam secukupnya. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga membantu untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan segar dan bermaya.
7) Rajin bersenam untuk memastikan pengaliran darah berjalan dengan lancar dan membantu menghantar nutrien kepada kulit.
8) Pastikan anda mendapat waktu tidur yang secukupnya. Waktu rehat yang cukup sangat membantu mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit.