Image result for Makanan  Untuk Kulit Cantik

Hehe ramai dah tegur Kak Ziana pasal kulit kita ni. Kadang-kadang tu naik segan jugak bila ada abang-abang hensem dok jeling dan kenyit mata. Nasib baik iman kita ni kuat hahaha. On a serious note, memang dah lama Kak Ziana amalkan pemakanan sihat untuk kulit akak ni.

Kulit kita ni merupakan organ terbesar yang ada kat tubuh badan kita ni, Jadi amat penting untuk kita jaga kulit kita supaya imej diri kita ni terjaga. Antara yang paling penting adalah pemakanan kita tau. So ni Kak Ziana nak share kat yuolls 5 MAKANAN ORGANIK untuk kulit kita sihat dan flawless macam akak.

 

 

1.Betik

Image may contain: food

Hanya mengandung 39 kalori dalam 100 gram sajian, betik juga buah yang tidak mengandungi kolesterol.

Anda boleh memakan betik untuk menurunkan berat badan. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk mencegah inflamasi dan jerawat.

Vitamin C juga membantu kulit Anda terhindar dari kerosakan akibat sinar matahari.

 

2.Lobak

Image may contain: food

Lobak tidak hanya bagus untuk mata, tapi juga untuk kulit. Lobak kaya dengan vitamin A yang mencegah pembentukan sel berlebihan dalam lapisan luar kulit.

Vitamin A juga mengurangkan perkembangan sel kanser kulit. Jadi pastikan Anda mengambil setengah cangkir lobak setiap hari untuk kulit yang sempurna.

 

3.Saderi

Image may contain: food

Mungkin banyak orang merasakan saderi hanya sebagai penyedap masakan. Padahal saderi mengandungi vitamin K yang menjaga tekanan darah.

Ia juga dapat menurunkan level stres (stres dapat menyebabkan migrain, kulit kusam, dan kanser).

Saderi juga mengandungi sodium dan potasium semula jadi yang membantu menghindari kita dari dehidrasi. Sebab kulit yang dehidrasi mampu menyebabkan kekeringan, jerawat, kerutan. Saderi juga sangat rendah kalori.

 

4.Bayam

Image may contain: plant and food

Bayam mengandungi folat, zat besi, klorofil, vitamin E, magnesium, vitamin A, serat, protein nabati, dan vitamin C. Semua ini bagus untuk kulit Anda.

Bayam mengandungi antioksidan yang melawan semua jenis masalah kulit. Tambahkan dalam menu diet sehari-hari Anda dan rasakan khasiatnya.

 

5.Paprika merah

Image may contain: food and text

Sayuran ini boleh dimakan mentah atau dicampur dengan sayuran lain. Satu buah paprika merah mengandungi 100% keperluan vitamin C harian Anda.

Ia juga mengandungi serat diet dan vitamin B6. Selain itu, paprika merah juga kaya akan carotenoids yang membantu mengurangkan kerutan di wajah dan meningkatkan sirkulasi darah dalam kulit, yang membantu Anda tampak lebih muda.

Si merah ini juga bagus untuk melawan jerawat. Serta rendah kalori, hanya mengandungi 30 kalori.