Image result for GRILL CHICKEN WINGS

 

Ayam merupakan makanan kegemaran kita. Boleh dikatakan hampir semua orang di dunia ni suka memakan lauk atau masakan yang mengandungi ayam. kalau kat Malaysia ni, ada ayam goreng, ayam golek, ayam panggang, ayam masak lemak dan bermacam lagi. Boleh dikatakan kalau masak ayam ni, takde oarng la yang mampu tolak haha.

Namun macam yang kita tahu, ayam moden (ayam biasa yang kat pasar tu) mengandungi pelbagai bahan kimia yang di gunakan untuk meransang tumbesaran ayam komersil agar ia boleh dipasarkan dengan cepat. Namun masih ada bahagian ayam yang boleh dimakan iaitu dada ayam. Ini sebab dada ayam ni almost tiada lemak. Hormon2 suntik ni banyak terkumpul kat lemak ie: kulit ayam. So nak selamat, makanlah bahagian dada atau daging tanpa lemak.

Masalahnya bila sebut dada ayam ni, ramai tak suka sebab tak sedap. So dalam blog entri kali ni, akak nak share cara untuk yuolls sedapkan masakan ayam korang while still maintaining kesihatan badan yuolls.

 

 

Ayam Kukus Halia Bergajus

Image result for ginger cashew chicken

Bahan-Bahan

  • dada ayam dibuang kulit
  • bawang putih dihiris halus
  • bawang merah dihiris nipis
  • brokoli
  • kubis bunga
  • cendawan
  • serai dihiris halus
  • gajus
  • cili benggala
  • garam dan lada

Cara masak

  • gaulkan ayam dengan garam dan lada
  • tabur semua bahan keatas ayam
  • kukus selama 15 minit

 

Sup Ayam

Image result for chicken soup

Bahan-Bahan

  • Isi ayam dibasuh
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • i biji bawang besar
  • lobak merah dan kentang dipotong dadu
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih dan pelaga
  • garam dan lada

Cara masak

  • kisar bawang putih, merah dan halia
  • rebus isi ayam
  • masukkan bahan yang telah dikisar bersama bunga cengkih dan pelaga je dalam rebusan ayam
  • masak selama 10 minit, kemudian masukkan lobak, kentang dan bawang besar

 

Ayam Panggang Rempah Kari

Image result for curry roasted chicken

Bahan-Bahan

  • isi ayam dibasuh dan dibuang kulit
  • kunyit dan garam
  • cili kering kisar
  • rempah kari
  • daun kari
  • halia

 

Cara masak

  • gaul isi ayam dengan kunyit dan garam
  • masuk satu sudu besar cili kering kisar
  • gaul bersama halia dan serbuk kari
  • taburkan daun kari
  • panggang di atas pemanggang atau pun magic pan selama 10 minit

 

Ayam Kunyit Kukus Pandan

Image result for pandan leaf chicken steam

Bahan-Bahan

  • isi ayam dibasuh dan dibuang kulit
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • jintan putih
  • ketumbar
  • garam
  • daun pandan

Cara masak

  • Gaul ayam bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, kunyit, jintan putih ketumbar dan garam
  • balut ayam dengan daun pandan
  • kukus selama 10 minit