Image result for dates

Buah kurma merupakan buah yang banyak terdapat di negara Timur Tengah. Keadaan iklim di sana yang kering, membolehkan pokok kurma membesar dan berbuah dengan suburnya.

Kita kat sini memang disarankan untuk mengambil kurma dalam diet kita sebab khasiatnya yang pelbagai. Tapi, anda tahu atau tidak,apa kebaikan kurma ni? Mari Kak Ziana kongsi sedikit 5 KEBAIKAN kurma kepada kita.

 

 

1.Kandungan Nutrient Yang Tinggi

Image may contain: food and text

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin menjadi antara persoalan apakah khasiatnya.

Namun, jangan biarkan ia menipu anda kerana ia mengandugi kandungan nutrient yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

 

2.Tenaga Segera

Image may contain: food and text

Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.

Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.

 

3.Diet Sihat

Image may contain: food

Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengeyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.

Caranya dengan menlecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

 

4.Membantu Mengurangkan Sembelit

Image may contain: food

Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.

Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyiksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

 

5.Menyihatkan Jantung

Image may contain: food and text

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi.

Kurma mengandungi kandungan potassium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang kearah strok dan serangan jantung.

Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan diwaktu pagi dan makan.