Image result for early morning exercise

Lepas bangun pagi subuh tu, ringankanlah punggung anda untuk pergi bersenam. Janganlah sambung tidur balik. Kalau kita sambung tidur sahaja, banyak mudaratnya. Yang paling selalu orang kena ialah “nak tidur 5 minit, tapi bila bangun, dah terlajak tidur sampai 50 minit pula”. Terus lambat nak pergi kerja.

So ni Kak Ziana nak sarankan kat anda semua, bangun tidur, siapkan apa yang patut, lepastu mulakan pagi anda dengan senaman. Tak perlu lama, dalam 15-20 minit sudah mencukupi. Nak tahu kenapa penting senaman pagi tu? Jom tengok.

 

 

1.Menjamin kesegaran dan mood yang baik.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan hingga 12 jam selepas melakukan senaman.

Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.

 

2.Membakar lebihan lemak dalam badan

Image may contain: one or more people and outdoor

Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima.

Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.

 

3.Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari

Image may contain: 1 person, smiling, text

Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya.

Itu adalah silap. Menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji, mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan hingga 12 jam selepas bersenam.

 

4.Aktiviti pembakaran kalori berterusan

Image may contain: 1 person, standing

Jika anda bersenam, badan anda akan membakar sebanyak 420 kalori tenaga

Kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan.

Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

 

5.Amalan Pemakanan Yang Baik

Image may contain: 1 person, smiling

Ini berdasarkan kajian bahawa individu yang sering bersenam pada waktu pagi akan lebih cenderung memperoleh amalan pemakanan dan diet yang lebih baik serta menyihatkan.

Ini kerana, setiap pergerakan yang dilakukan itu dapat membantu melancarkan prestasi kerja-kerja tubuh di samping proses mencerna makanan.