Image result for overeating

Macam selalu Kak Ziana pesan, kalau anda nak kurus, 70% effort mestilah datang daripada DIET . Kalau anda workout bagai nak masuk MMA pon, tapi lepastu anda pergi singgah mamak pastu makan nasi briyani kambing 3 pinggan, tak guna juga.

Kak Ziana kenal sangat ramai rakyat Malaysia ni mempunyai selera yang besar. Kalau makan tu, selagi tak habis lauk, selagi tu lah tak nakĀ berhenti. Bahaya tau untuk diet dan kesihatan kita.

So ni Kak Ziana nak cerita kat anda semua, cara untuk KAWAL NAFSU MAKAN kita ni. Moga bermanfaat.

 

 

1.Perdaya minda anda dengan menggunakan pinggan kecil

Image may contain: text and food

Anda boleh perdaya minda anda dengan menyatakan anda sudah terlebih makan dengan menggunakan pinggan kecil. Minda separuh sedar akan menyatakan yang anda mengambambil makanan lebih daripada biasa.

Penyelidik di Cornell University memberitahu bahawa makan menggunakan pinggan kecil boleh mengurangkan selera makan serta mengurankan pengambilan kalori.

 

2.Amalkan memakan bubur oat

Image may contain: food

Menurut saintis di Louisiana University , jika anda mahu menghilangkan rasa lapar di waktu pagi, anda perlu mengambil bubur untuk sarapan pagi.

Kajian mereka menunjukkan bahawa serat yang tinggi dan kandungan beta-glucan bubur merendahkan tahap kelaparan untuk tempoh yang lebih lama berbanding pilihan sarapan alternatif yang mengangungi kalori yang sama.

 

3.Gula-gula getah

Image may contain: 1 person

Penyelidik di University of Leeds mendapati bahawa manguyah gula-gula getah di antara waktu makan dapat membantu menghilangkan keinginan anda untuk memakan makanan ringan yang manis atau masin yang tidak sihat.

Anda perlu pastikan ianya adalah jenis gula-gula getah tanpa gula, dan anda boleh mengunyah gula-gula getah tanpa rasa bersalah sambil mengurangkan tahap kelaparan anda.

 

4.Selalu gosok gigi

Image may contain: 1 person, smiling, closeup

Tiada siapa pun yang ingin hilangkan bau harum mint selepas menggosok gigi. Jadi, cuba amalkan menggososk gigi dengan kerap dan hadamlah mint sepanjang hari.

Anda akan secara tidak sedar menginginkan mulut anda sentiasa berbau segar dan ini akan menghindari anda daripada mencari snek.

 

5.Badam = Snek Paling BAGUS

Image may contain: food and text

Buang snek yang tidak sihat dan simpan badam dalam beg anda. Badam bertindak sebagai antioksida yang mengaktifkan vitamin E,

Mengikut penyelidikan European Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa memakan badam di antara waktu makan akan mengurangkan rasa lapar ketika waktu makan dan menghindari terlebih makan