Image result for Homemade Peach Ice Cream

Pic dan ais krim: kedua-dua pencuci mulut pada musim panas yang mempunyai rasa lazat tersendiri. Apabila dipadankan bersama, fuhh memang terbaik rasanya. Sukar untuk mempercayai resipi aiskrim peach buatan sendiri mengandungi hanya dua bahan, atau sesuatu yang sangat beraroma boleh menjadi pencuci mulut yang SIHAT yang anda mahu makan lagi dan lagi .

Resipi ini mengandungi tenusu dan bebas gula, tidak ada sebab untuk merasa bersalah untuk memanjakan diet anda dengan resepi pencuci mulut SEDAP dan SIHAT ini. Mari tengok apa yang diperlukan untuk membuatnya.

Bahan – Bahan

  1. 2 cawan hirisan buah Pic yang dibekukan.
  2. ΒΌ cawan santan kelapa.
  3. Buah pic dipotong dadu & daun pudina (sebagai hiasan tambahan)

 

Cara Membuat

  1. Letakkan buah pic beku dalam mesin memproses makanan dan kisar sehingga buah pic telah mula pecah. Kisar buah beku 4 hingga 5 minit.
  2. Masukkan santan dan proses sehingga mendapat bentuk tekstur lembut dan licin.
  3. Keluarkan dari mesin memproses makanan dan hidang!!
  4. Letakkan tambahan buah pic dan daun pudina sebagai hiasan tambahan.

 

Nota Resepi

Bahagian yang tidak dimakan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Apabila hendak dimakan kemudian, anda boleh cedok sahaja aiskrim ini keluar dari bekas, atau potong aiskrim beku ke kiub 1 inci dan letakkan dalam pengisar untuk mendapatkan tekstur lembut. Habiskan dalam masa 1 minggu untuk hasil dan rasa yang terbaik.