Image result for BUKIT TABUR

Yuolls dah rasa fit tapi tak tahu nak buat apa dengan badan yuolls yang dah awesome tu? Kak Ziana suggest U guys to try on hiking. Biasanya bila kita di hari minggu, kekangan masa membuatkan kita lebih banyak mengahbiskan masa workout di gym ataupun di rumah. Tapi apabila tiba hujung minggu, takkan yuolls still nak terperap dalam gym/rumah?

Tu sebab akak nak promote kat yuolls aktiviti mendaki ni, Siyesly best gila!!! Antara sebab yang akak suka mendaki ni adalah sebab ia menggabungkan fitness training dan nature exploring. Bestkan?

Tak tahu tempat-tempat menarik untuk diteroka? Nah, 7 lokasi mendaki sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini bakal memuaskan keinginan yuolls yang dah bosan dekat gym.

 

Bukit Kiara Park di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Kredit foto: poskod.my

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam hingga 90 minit untuk landasan dan laluan hutan.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Selain pejalan kaki, terdapat laluan yang sesuai untuk mereka yang gemar berjoging, berbasikal, menunggang motosikal gunung dan menunggang kuda.
Kos: Tiada.

 

Broga Hill di Semenyih, Selangor

Image result for broga hiking

Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 40 minit.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Ramai mengesyorkan mendaki seawal 5 pagi untuk melihat keindahan matahari terbit.
Kos: RM2 untuk bayaran tempat letak kereta.

 

Canopy Walk, (FRIM), Kepong

Image result for frim canopy walk

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: Mengambil masa antara 30 minit hingga 1 jam untuk berjalan, bergantung pada laluan.
Waktu operasi: Selasa hingga Khamis dan hujung minggu, 9.30 pagi – 2.30 petang. Bergantung pada keadaan cuaca.
Maklumat penting: Popular dengan kawasan perkelahan dan air terjun.
Kos: Tiket berbeza mengikut laluan.

 

Chiling Waterfall Trail, Kuala Kubu Bharu

Image result for chilling waterfall

Tahap kesukaran: Sederhana.
Tempoh dari bawah ke puncak: 1 jam.
Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad, 8 pagi – 6 petang.
Maklumat penting: Terdapat tiga peringkat air terjun, yang paling tinggi adalah kurang sesak dan sesuai untuk berkelah.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.

 

KL Forest Eco Park, Bukit Nenas, Kuala Lumpur

Image result for KL Forest Eco Park

Tahap kesukaran: Mudah.
Tempoh dari bawah ke puncak: 30 minit.
Waktu operasi: Setiap hari, 7 pagi – 7 petang. Bergantung kepada keadaan cuaca.
Maklumat penting: Ia terletak berhampiran dengan Menara KL.
Kos: Percuma.

 

Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Image result for nuang peak view

Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: 4 hingga 5 jam.
Waktu operasi: Setiap hari.
Maklumat penting: Terdapat dua tapak perkhemahan, Kem Lolo dan Kem Pacat di mana ikon pokok Gunung Nuang berada.
Kos: RM1 untuk yuran pendaftaran.

 

Bukit Tabur, Taman Melawati, Selangor

Image result for bukit tabur

Tahap kesukaran: Mencabar.
Tempoh dari bawah ke puncak: Sehingga 3 ke 4 jam.
Waktu operasi: Khamis, hujung minggu dan cuti umum, 8.30 pagi – 5 petang.
Maklumat penting: Juga dikenali sebagai The Dragon’s Backbone, adalah quartz ridge terpanjang di dunia yang menawarkan pemandangan hebat Empangan Klang Gates, Bukit Melawati, dan KL Skyline.
Kos: RM5 bagi setiap orang untuk permit mendaki dari Jabatan Perhutanan.