Hi Yuolls, Harini ini akak nak share sikit tip untuk mencepatkan lagi pembakaran lemak-lemak yang jahat tu yang ada kat badan korang.
Rahsianya is LATIHAN.!!. Atau yang lagi tepat ialah LATIHAN BEBANAN
Bila yuolls semua try latihan bebanan ni, ia akan membuatkan otot korang makin firm dan kepadatan otot yuolls pon makin bertambah.
Seterusnya, ia juga akan membuatkan metabolisma meningkat. Kenapa pulak ia meningkat? Sebab untuk mengekalkan otot, badan kita ni akan proses banyak tenaga. Tenaga pula akan diambil daripada lemak-lemak yang berlebihan. So yuolls jangan ngelat Weight Training kalau nak cepat slimmm okay.
Korang nak tahu kenapa lah penting sangat latihan bebanan ni? meh sini Kak Ziana nak cerita.
1.Senaman bebanan mampu meningkatkan jisim otot seterusnya meningkatkan metabolisma yang penting dalam proses penurunan berat badan kita.
2.Otot wanita takkan mudah membesar seperti otot lelaki kerana tidak mempunyai hormon testosterone seperti lelaki, so yuolls tak payah la risau mempunyai badan โkatangโ. Tengok Kak Ziana ni, cantik aje kan? ๐
3.Senaman bebanan ni akan memampatkan otot-otot yuolls dan membakar lemak berlebihan serta akan memberi shape badan yang menarik. Barulah menarik tertarik da bomb ๐
4.Most of the wanita kat Malaysia ni akan seiring dengan peningkatan usia dan penambahan berat badan dan akan bertambah teruk apabila mencapai menopause. Ini kerana metabolisma kita ni yang semakin berkurang dengan peningkatan usia. Untuk menghalang perkara ini, senaman bebanan perlu bagi meningkat dan mengekalkan jisim otot untuk mengekalkan tahap metabolisma badan.
5.Senaman angkat beban merupakan satu senaman yang membakar lemak dan mengekalkan jisim otot, tidak seperti senaman kardio berterusan yang boleh menyebabkan penguraian otot seterusnya mengurangkan metabolisma.
Akhir kata dari Kak Ziana, senaman bebanan + diet seimbang + high intensity cardio will be the best gabungan ke arah bentuk badan idaman yuolls!!