Image result for frust on weight

Kaka Ziana tahu ramai yang kawan-kawan kat luar sana kalau disuruh untuk kuruskan badan, benda pertama yang akan terlintas dekat fikiran mereka mesti BERSENAM. Yes memang betul, bersenam memang merupakan salah satu langakah yang penting untuk kita mendapatkan bentuk dan berat badan yang ideal.

Tapi anda pernah tak perasan yang ramai orang bersenam dekat taman awam tu, even dah jogging selama 2-3 minggu tapi still tak turun berat badan mereka? Yes memang boleh berlaku even kita dah usaha.

So ni Kak Ziana nak share 5 KESALAHAN BESAR kawan-kawan akak time diorang nak turunkan berat badan tapi tak dapat. Ni la sebabnya.

 

 

1.Tidak Makan Sebelum Bersenam

Image may contain: one or more people and text

Untuk meningkatkan tenaga yang optima, ambillah 200 hingga 300 kalori sejam sebelum mula bersenam.

Pilihlah makanan yang terdiri daripada karbohidrat, seperti yogurt dan pisang atau biskut.

 

2.Malas Melakukan Regangan

Image may contain: one or more people and text

Aktiviti memanaskan badan ini tanpa sedar punya banyak kelebihannya. Gerakan melentur otot ini membolehkan sebarang risiko mengalami kecederaan semasa bersenam.

Ambil masa 5 minit dengan berjalan kaki. Ini sudah memadai.

 

3.Air Tidak Mencukupi

Image may contain: 1 person

Air amatlah penting bagi membantu proses pembakaran lemak dalam badan selain membantu keseluruhan fungsi tubuah badan.

Ketika bersenam, pastikan jumlah air secukupnya diambil bagi membantu proses dehidrasi dalam tubuh. Barulah pembakaran lemak lebih cepat bertindak.

 

4.Tidak Melakukan Senaman Dengan Betul

Image may contain: shoes and text

Ketika aktiviti senaman dilakukan, ada sesetengah daripada kita melakukan ala kadar sahaja. Ini salah sama sekali.

Apabila segala teknik dilakukan dengan tidak tepat bukan hanya tidak langsung memberi kesan kepada tubuh, malah anda juga berisiko tercedera.

Jadi buatlah dengan tepat sehingga terasa kesannya ke semua anggota tubuh

 

5.Teknik Pernafasan

Image may contain: 1 person, text

Ketika bersenam atau melakukan sebarang aktiviti sukan, teknik pernafasan haruslah tepat. Ini bagi membolehkan oksigen memasuki otak dengan lebih lancar dan sempurna.

Pernafasan yang tepat juga membolehkan anda melakukan aktiviti dengan lebih tenang dan ‘feel’ malah jika kena pada caranya, anda langsung tidak akan merasa penat.

Berenang misalnya, dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul anda mampu untuk berada lebih lama di dalam air.