Image result for break after gym

Nak kurus cepat, mesti kita fikir pasal senaman. Senaman pulak kenalah buat bersungguh-sungguh dan konsisten. Tapi perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah kepentingan rehat lepas dah penat bersenam tu.

Biasanya ramai orang yang sering melakukan workout di gym, selalu mengabaikan isu rehat ni. Overtraining merupakan kesan kurang rehat terhadap seseorang. Orang yang biasanya memandang remeh pasal rehat dalam senaman ni adalah seperti:-

  1. Melatih bahagian badan (seperti biceps) setiap hari
  2. Melatih sepanjang tahun, tanpa rehat
  3. Melakukan latihan selama beberapa jam di gym, setiap hari
  4. Sudah bosan meneruskan program latihan

 

 

Rehat terbahagi kepada dua iaitu rehat antara sesi dan rehat bermusim.

Rehat Antara Sesi

Image result for break between session gym

Tahukah anda bahawa otot tidak membesar sewaktu weight training di gym? Sebaliknya, otot akan membesar sewaktu rehat.

Sesi latihan di gym menjadi perangsang untuk proses pembesaran otot, tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih.

Otot tersebut perlu direhatkan bagi membolehkan badan membaiki sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan.

Proses ini mengambil masa lebih kurang 72 jam. Oleh sebab itulah, kita sangat disyorkan menunggu paling kurang 72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi.

Tanpa sebarang rehat untuk sesi ini, usaha yang dibuat adalah sia-sia.

 

Rehat Bermusim

Image result for off season rest

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym, tulang dan otot anda akan banyak melalui wear & tear yang tidak dapat diperbaiki dalam sehari dua.

Bagi membolehkan badan kita dapat berfungsi dengan baik, hanyalah dengan cara menjadualkan rehat bermusim di antara 3-5 bulan. Dalam tempoh ini, rehat yang disyorkan adalah 1-2 minggu.

Dalam tempoh tersebut, kita harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan kita recover sepenuhnya.

Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk mencergaskan kembali keletihan minda kita. Ini kerana, latihan dalam jangka waktu yang agak panjang akan mengundang kejemuan. Jadi, rehat bermusim ni sangat sesuai untuk merehatkan diri dari segi fizikal, rohani dan mental.