Image result for fat person

Obesiti ataupun berat berlebihan yang melampau, memang macam benda yang biasa dekat Malaysia ni. Orang kata, biasa dah lepas kawin baru lah badan-badan sekalian ni akan naik. Masalahnya, sekarang ni orang tak kawin lagi pun dah overweight.

Patutnya time muda-mudi ni lah nak start gaya hidup yang sihat, supaya bila dah tua nanti, dah menjadi kebiasaan untuk korang makan sihat dan menjalani kehidupan yang sihat.

Jom tengok apa sebab korang ni muda-mudi lagi dah obese.

 

 

1.Genetic

Image may contain: sky, shoes and outdoor

Memang tidak dinafikan genetik juga berperanan dalam menentukan lahirnya anak yang gemuk atau kurus.

Tetapi sekiranya pola pemakanan terjaga dan sihat,mungkin masalah genetic gemuk akan dapat di atasi.

 

2.Makan berlebihan

Image may contain: 1 person, food

Orang yang gemuk ni lebih responsive dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran,seperti rasa dan bau makanan atau ketika waktu makan.

Orang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin akan, bukan makan pada ketika lapar. Pola makan berlebihan ini mengakibatkan mereka sukar keluar daripada perangkap kegemukan.

 

3.Kurang bersenam

Image may contain: 1 person

Metabolism mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal.

Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang yang berat badan normal, orang yang mempunyai berat badan berlebihan aktiviti bersenam mempunyai peranan yang sangat penting.

 

4.Pengaruh emosi

Image may contain: 1 person

Stress juga merupakan faktor utama kenapa anda cepat gemuk. Kerana dengan stress kita seringkali melepaskan pada makanan kerana berfikiran bahawa dengan makan fikiran kita kembali segar .

Justeru itu ketika stress kuantiti makan kita akan meningkat daripada biasanya.

 

5.Kurang tidur

Image may contain: one or more people and text

Badan kita cepat gemuk dengan paling mudah adalah kerana berjaga malam . Ketika kita berjaga malam dengan tidak tidur semalaman , membuat kita ingin mengunyah makanan seperti snek atau makanan ringan setiap waktu bagi mengelakan mengantuk .

Padahal mengunyah snek atau makanan tidak membuatkan perut anda kenyang sebaliknya hanya boleh menimbun lemak dalam tubuh dan menyebabkan kegemukan.