Kita ni dalam berdiet, mesti kadang-kadang ada nak menggatal nak makan fastfood, nak makan benda manis atau benda yang berlemak. Tak salah kalau cheat day tu tapi, yuolls kena pilih jugak jenis makanan tu takut once dah makan, rosak diet plan yuolls nanti.
Sini Kak Ziana nak tunjuk 5 jeins makanan yang WAJIB yuolls elakkan ketika berdiet. Sekali korang makan, habislah diet yuolls hewhewhew.
No 1. Daging yang telah diproses
Menurut penyelidikan dari American Institute for Cancer Research, daging yang telah diproses seperti sosej biasanya mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser kolon. Dan yang pastinya mengandungi banyak lemak, garam dan kolesterol. Bahan pengawet tu jugak akan mengganggu proses penghadaman usus kita lantas mengacau diet kita ni.
No2. Donut
Donut mengandungi kandungan seperti lemak tepu, gula dan tepung yang sangat tinggi. Kalori dalam donut boleh mencecah hingga 300 kCal untuk satu ring tu. Makan satu mesti tak kenyang kan? Lepas tu makan hingga 2-3 donut. Mana tak rosak diet kita ni.
No.3 Cip Kentang
French Fries juga tergolong dalam kategori ni alright. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang boleh mengubah saiz pinggang anda. Selain itu, ia mengandungi acrylamide, iaitu karsinogen yang terbentuk semasa makanan dibakar dalam suhu yang tinggi. Dan acrylamide akan meyebabkan pelbagai jenis kanser. Nak cuba? teruskan lah tapi Kak Ziana dah pesan yeee.
No.4 Makanan Rendah Lemak
Makanan jenis ni memang dia tulis rendah lemak, tapi yuolls tahu kan yang lemak lah penyedap makanan. Semakin banyak lemak, semakin sedaplah makanan itu.
So kalau rendah lemak? Mestilah tak berapa sedap kan? Kalau tak berapa sedap, mesti lepas tu ramai orang tak nak beli kan?
So untuk mengelakkan perkara itu, pengusaha makanan itu akan menambah perasa tiruan, garam, gula dan macam-macam lagi untuk cover balik yang tak sedap tu. Hati-hati semua.
No.5 Air Gas
Paling popular tentang air gas ni mestilah kandungan gula dia yang tinggi gilos tu. Air gas juga boleh menyebabkan kanser pankreas. Bila dah banyak gula, kebarangkalian untuk mendapat diabetis, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik memang amat tinggi.