Buah- buahan ni merupakan pemanis semulajadi yang boleh kita ambil sebagai pengganti gula proses yang kita dok makan tu. Ada macam-macam buah ada kat dunia ni dan semua jenis buah ni mempunyai manfaat dan kebaikan tersendiri untuk kita nikmati. Antara vitamin yang paling sinonim dengan buah ialah VItamin C. Kalau citer pasal Vitamin C, Kak Ziana sure pasti ramai duk ingat limau atau oren je kan. Sebenarnya ada banyak lagi buah penambah Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan kita tau.
Tapi ada juga fungsi lain buah yang ramai orang tak tau. Buah yang boleh tolong kita kuruskan badan. Nak tahu? Meh usya blog entry akak kali ni, Kak Ziana nak bagitahu 8 buah untuk kuruskan badan.
Strawberi
Selain menyegarkan buah ini juga kaya dengan sumber vitanin C. Khasiatnya juga dipenuhi dengan anthocyanin iaitu zat yang berupaya membakar lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Perasan tak orang Korea KPop tu kurus sebab makan strawberry je tau. Lepas ini habisla buah ni kena borong.
Kiwi
Nampak je warna hijau kiwi ni tetapi rasanya ada yang manis dan sedikit masam dan kalau yuolls pandai pilih, dapatlah yang manis . Tapi khasiatnya memang sangat baik dan secawan buah kiwi potong yang dikisar ada 167mg vitamin C yang juga tinggi serat, kalium, magnesium, folat dan vitamin K. Buah kiwi sesuai untuk amalkan sebagai diet seharian.
Jambu
Secawan jus jambu ada sekurangnya 337 mg Vitamin C. Jumlah ini lebih 4 kali ganda vitamin C yang diperlukan oleh lelaki dan 5 kali ganda bagi wanita. Lepas ni boleh la yuolls beli buah jambu dengan jambu yuolls yang lawa tu :p . Oh jangan lupa buang bijinya, susah nak lawas pula nanti.
Nenas
Nenas mengandungi sekitar 80mg vitamin C sekaligus memberi manfaat pada tubuh kita. Boleh diambil sebagai jus atau pun makan begitu sahaja. Hati hati dengan duri, nanti gatal pulak lidah yuolls.
Cili Benggala Kuning
Kita pernah makan cili benggala atau bahasa mat salehnye, capsicum kan .Tahukah anda yang cili benggala ini sangat kaya dengan vitamin C sebanyak 155mg. Kak Ziana secara peribadi suka makan mentah sebab rasanya manis jugka. Apa lagi cuba lah kalau tak caya kat akak. Rugi :p
Cili Benggala Merah
Lebih kurang sama dengan cili benggala kuning, cili benggala merah juga ada kandungan vitamin C yang tinggi malah dipercayai secawan cili ini boleh mencapai sekurang-kurangnya 190mg vitamin C.
Mangga
Sekarangkan musim mangga harum manis yang orang dok borong dari Perlis tu, nak tahu tak yang mangga ini mempunyai khasiat vitamin C yang baik sebanyak 122mg. Senang je nak dapatkan segala kebaikan mangga ni. Kupas dan makan atau pun boleh dikisar jadi jus yang sedap dan berkhasiat.
Betik
Buah betik selain bagus untuk penghadaman, buah ini juga mengandungi tahap vitamin C yang tinggi. Buah betik yang berukuran separuh besar ada 238mg vitamin C. Amalkan makan betik, kulit yuolls pasti cun melecun. Badan pun untung-untung ade shape betik