Image result for running

Jogging atau berlari ni merupakan senaman yang paling mudah, cepat, pantas, senang, mudah dan yang paling penting sekali MURAH kalau yuolls baru nak start nak kurangkan berat badan. Jogging ni hanya perlu masa dan disiplin yang tinggi je dari yuolls.

Tak tahu nak mula bagaimana nak berjogging? Haha takpe yuolls, hari ni Kak Ziana nak ajar 5 tips untuk korang yang baru nak berjinak dalam arena berjogging/berlari. Mana la tahu ada antara yuolls ni boleh kalahkan Mo Farah pada masa akan datang.

 

 

Pemeriksaan Kesihatan

Image may contain: 4 people, people smiling
Jumpa doktor dan pastikan tidak ada apa-apa halangan kesihatan yang akan membahayakan anda ketika berlari.

 

Dapatkan kasut lari bermutu

Image may contain: one or more people and text
Jangan biarkan kecederaan menghantui anda akibat memakai kasut yang salah.

Jika boleh, dapatkan kasut lari di kedai yang membenarkan anda mencubanya dengan menggunakan treadmill sebelum anda membeli.

Bermutu tak bermaksud mahal tau. Banyak dah kasut jogging yang berharga mampu milik ada di pasaran.

 

Jangan malu untuk berjalan

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
Anda tidak perlu berlari 20km sebagai larian pertama. Mulakan dengan teknik berlari selama 5 minit dan diikuti dengan berjalan selama 5 minit untuk tempoh 30 minit.

Selepas dua minggu, kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.

 

Daftar acara larian

Image may contain: 8 people, outdoor
Ini memberikan anda motivasi dan matlamat untuk dicapai. Rancang dan muat-turun applikasi telefon pintar untuk membuat jadual latihan anda.

Jika boleh dapatkan teman berlari agar latihan tidak membosankan.

Tak tahu mana nak cari running event? Maybe yuolls boleh cuba http://www.justrunlah.com/running-events-calendar-malaysia/

 

Buat senaman selain daripada berlari

Image may contain: 5 people, people smiling, outdoor and nature
Bangkitkan otot-otot yang lain juga! Lakukan senaman kekuatan (strength-training) dua kali seminggu dan juga aktiviti fizikal yang lain seperti berbasikal, memanjat tangga, atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu.