Image result for yellow teeth

Oral Health ataupun kesihatan mulut sering dikaitkan dengan gigi. Ya betul sebab apabila seseorang itu senyum atau bercakap, gigi merupakan anggota pertama yang orang akan nampak. Bagaimana rupa pun sesorang tu, beliau akan nampak cantik / comel / cute apabila gigi dia tu putih bersih 

Tapi kadang-kadang ada la jugak orang yang tak peka tentang kebersihan gigi ni. Bila senyum tu, saja la nak tayang gigi emas yang lagi keemasan dari pingat emas Sukan SEA. Yuolls nak tahu kenapa gigi yuolls boleh jadi mcm tu? Meh akak share dalam blog entri kali ini.

Anda Semakin Tua

Image may contain: 1 person, closeup and text

Gigi anda juga boleh mula menguning sebagai sebahagian daripada proses penuaan. Ia berlaku apabila lapisan putih pelindung gigi yang kuat yang dikenali sebagai enamel lama-kelamaan berkurangan akibat haus dengan penggunaan gigi.

Anda Seorang Perokok

Image may contain: one or more people
Produk tembakau daripada rokok dan paip tembakau, mengotorkan gigi. Gigi anda lama-kelamaan akan menjadi gelap jika anda mengambil produk-produk ini.

Tidak Mengambil Berat akan Kebersihan Oral

No automatic alt text available.

Apabila anda tidak memberus, memflos atau berkumur secara rutin untuk menghapuskan pembinaan plak dan tartar, ia boleh mempercepatkan perubahan warna gigi anda.

Pengambilan Ubat-ubatan

Image may contain: one or more people and text
Ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik doksisiklin dan tetrasiklin boleh menggelapkan gigi kanak-kanak yang berumur kurang 8 tahun. Sesetengah antihistamin, ubat untuk tekanan darah tinggi dan ubat antipsikotik juga boleh merubah warna gigi orang dewasa.

Minta nasihat doktor anda tentang kemungkinan kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang atau akan ambil.

Anda Menghidap Penyakit

Image may contain: 1 person, sleeping and text
Punca kurang lazim perubahan warna gigi adalah penyakit yang menjejaskan enamel, atau rawatan penyakit tertentu, seperti kemoterapi dan/atau radiasi yang digunakan untuk merawat kanser.

Dalam kes sebegini, perubahan warna adalah lebih kepada kecoklat-coklatan.