Image result for body stretching

Kalau dah seharian bekerja, duduk aje kat opis tu, secara tak langsung badan kita akan terasa penat dan lesu. Ni disebabkan postur badan kita yang tidak natural. Tapi dah dekat opis, takkan kita nak baring pulak kan? Haha.

So bila anda semua dah sampai rumah tu, Kak Ziana suggest anda buat 5 regangan mudah ni so badan yuolls rasa segar bila dah balik rumah dariĀ kerja.

 

 

1.BACK ROLL

Image may contain: one or more people, people sitting and text

Gulingkan badan anda ke belakang dengan lengkungan sempurna.

 

2.SIT-THROUGH ABDOMINAL STRETCH

Image may contain: one or more people and text

Duduk seperti posisi plank. Kedua-dua tapak tangan rata di atas lantai dengan lengan yang lurus. Ketika melakukan pergerakan,

Pusingkan badan kearah kiri dengan tangan kanan menahan di atas lantai dan kaki kanan dihayunkan pada arah yang sama dengan pusingan badan.

 

3.SIT-BACK SHOULDER STRETCH

Image may contain: one or more people, people sitting, shoes and text

Duduk dalam posisi melipatkan kaki dengan punggung diatas kaki. Kemudian, turunkan badan anda secara perlahan sambil melunjurkan kedua-dua tangan kehadapan semampu yang boleh (regangan) sehingga muka anda rapat dengan lantai.

 

4.LYING LEG STRETCH

Image may contain: one or more people and shoes

Baring dengan seluruh badan anda rata diatas permukaan lantai. Luruskan salah satu kaki anda ke atas kemudian pegang kaki tersebut dengan kedua-dua tangan anda lalu tarik kearah kepala anda secara perlahan-lahan. Berhenti pada tahap regangan yang maksimum.

 

5.SEATED BUTTERFLY

Image may contain: 1 person, text

Duduk dengan punggung anda rapat di atas lantai. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda sehingga bertemu kedua-dua tapak kaki anda. Tangan anda pula pegang kedua-dua kaki tersebut.

Hayunkan lutut keatas dan kebawah seperti rama-rama. Selepas itu, anda turunkan kepala anda secara perlahan-lahan ke arah kaki anda. Lakukan regangan semaksima yang mungkin.