Image result for full of energy

Salah satu sebab badan kita makin lama makin bulat ni adalah tahap metabolisme badan yang makin lemah. Benda ni boleh dikaitkan dengan faktor umur yang makin bertambah. Tu sebab bila umur dah meningkat naik ni, orang ramai pesan suruh kita jaga makan. tapi lain pulak yang jadi kat Malaysia ni, makin tua makin banyak makan hehehe. Tu yang ramai perut macam bonet kereta.

Tapi takpe, meh sini Kak Ziana nak bagitahu kat korang 5 jenis makanan yang boleh tingkatkan balik metabolisme dalam badan tu. So kalau makan, make sure benda-benda ni ada dalam makanan anda alright.

 

 

1.Halia

Image may contain: food
Halia ialah makanan yang mempunyai kualiti thermogenik, yang bermaksud suhu badan anda akan meningkat apabila memakannya.

Agak mustahil untuk anda memakan halia begitu sahaja tetapi ianya bukan sahaja dapat menambah perasa dalam hidangan, ianya juga dapat meningkatkan tahap metabolisme anda.

Untung bagi kita kerana halia banyak digunakan dalam masakan di Malaysia terutama sekali masakan melayu, seperti Ayam Masak Kicap dan Kari Ayam.

 

2.Daging tanpa lemak (lean meat)

Image may contain: food
Jika anda ingin membeli daging, pastikan anda memilih daging yang mempunyai lemak yang sedikit seperti dada ayam.

Daging tanpa lemak adalah protein yang amat baik kepada tubuh badan anda untuk meningkatkan tahap metabolisme anda.

Jika anda gabungkan senaman dan diet daging tanpa lemak, ia dapat membantu anda dalam membina otot dengan lebih mudah.

 

3.Bawang putih

Image may contain: food
Seseorang yang mempunyai lemak yang banyak berbanding otot dalam tubuh badan mereka kebiasaannya mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Dengan memperbanyakkan bawang putih dalam permakanan anda seharian, ianya dapat membantu anda dalam memecahkan atau menguraikan lemak dalam tubuh badan anda.

Dengan menambah bawang putih kedalam diet anda, ianya dapat membantu anda untuk mengawal tekanan darah, menghindari anda daripada jangkitan dan kanser.

 

4.Brokoli

Image may contain: food
Brokoli yang kaya dengan vitamin B mampu meningkatkan kadar metabolisme anda.

Brokoli juga mengandungi antioksida yang dapat membantu anda dalam menyingkirkan toksin dalam badan anda. 

Sayur elok dimakan mentah. Mungkin diantara anda berasa sukar untuk memakan sayur mentah begitu sahaja, tetapi ianya bukan alasan untuk anda tidak memakan sayur. Ini kerana terdapat banyak resepi-resepi di internet yang dapat membantu anda menghasilakn hidangan sayur yang lazat.

 

5.Kekacang

Image may contain: food
Kekacang kaya dengan sumber serat yang dimana dapat membantu anda dalam mempertingkatkan tahap metabolisme.

Kekacang sangat bagus dihidang sebagai hidangan sampingan dan ianya juga boleh ditambah kedalam masakan anda sebagai penambah perisa.

Jika anda mempunyai alahan kacang, anda boleh cuba gantikannya dengan makanan yang lain seperti buah prun.