Image result for healthy fish

Kalau time diet ni, memang ramai “pakar” pemakanan akan suggest tuolls untuk makan ayam rebus especially dada ayam tu. Tapi kalau dah hari-hari makan ayam, kak Ziana pon nak termuntah kan.

So alternatif protein yang lain ialah IKAN. Tapi yuolls ni jangan ingat ikan diet ni salmon sahaja. banyak laagi jenis ikan yang baik untuk diet yuolls and sebagai bonus, ada yang lagi SEDAP dari ayam tau.

Nak tahu jenis-jenis ikan untuk yuolls yang tengah berdiet ni? Jom tengok dalam blog entri kali ni.

 

 

Ikan Tuna

No automatic alt text available.

Ikan tuna adalah sumber lemak omega-3 dengan kandungan merkuri yang rendah. Bahagian Agrikultur AS (USDA) melaporkan bahawa satu portion ikan tuna seberat 4 auns mengandung sekitar 150 hingga 300 miligram EPA dan DHA.

Ikan Haruan

No automatic alt text available.

Semua jenis ikan adalah sumber protein yang sangat baik. Namun ikan haruan diketahui sebagai ikan yang kandungan zatnya lebih banyak dari ikan jenis lain.

Kandungan protein ikan haruan adalah sebanyak 25,5%, dimana yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar protein dari ikan jenahak (20,0%), dan ikan sardin (21,1%).

Ikan Salmon

No automatic alt text available.

Seperti diketahui ikan salmon adalah jenis ikan berlemak dan memiliki kandungan lemak omega-3 yang tinggi.

Menurut US Department of Agriculture (USDA), satu portion ikan salmon seberat 4 auns mengandung antara 1.200 dan 2.400 miligram EPA dan DHA, dua jenis lemak omega-3 yang berperanan penting bagi fungsi kognitif dan perkembangan otak pada bayi dan anak-anak.

Ikan salmon juga tergolong sebagai ikan yang rendah kandungan merkuri.

Ikan Keli

No automatic alt text available.

Meskipun tidak mengandung banyak lemak omega-3 berbanding ikan berlemak yang lain, ikan keli turut mengandung manfaat seperti omega-3.

Ikan Keli mengandung kadar merkuri dalam jumlah yang sangat rendah, sehingga menjadikannya satu pilihan yang baik untuk diambil bagi ibu yang sedang hamil atau tengah menyusu badan.

Ikan Sardin

No automatic alt text available.

Ikan sardin juga amat disarankan untuk kita mengurangkan risiko penyakit jantung. Ikan sardin tergolong sebagai jenis ikan yang sangat rendah merkuri.

Since sardin sekarang ni dibungkus dalam bentuk tin dan telah ditambah garam, seeloknya carilah produk sardin yang rendah kandungan garam atau produk sardin dengan label “no salt added”