Image result for beautiful natural nails

Jangan tak percaya pulak kalau Kak Ziana cakap ada makcik, auntie dan nenek kat kampung yang akak jumpe, mempunyai kuku yang lagi cantik dari kita yang duduk kat bandar ni tau. Yuolls ingat orang desa ni tak pandai melawa ke haa? Diorang lagi hebat tau, pakai bahan-bahan sedia ada je. tak payah beli produk memahal 

So kali ni Kak Ziana nak ajar yuolls, bahan-bahan TRADISIONAL yang boleh mencantikkan kuku yuolls dengan MUDAH dan MURAH.

Tapi kalau dah tak reti sangat nak pakai benda-benda tradisional ni, pakai je cara bawah ni. Kak Ziana ajar cara paling senang.

 

 

Limau nipis

Image result for limau nipis
Gunakan limau nipis sebagai merawat kuku anda. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.

 

Buah belimbing buluh

Image result for belimbing buluh
Bersihkan kotoran dicelah-celah kuku anda, kemudian ambil belimbing buluh gosokkan dikuku anda. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan sekali gus untuk menguatkan kuku.

 

Kunyit hidup

Image result for kunyit
Kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.

 

Bawang putih

Image result for bawang putih
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku anda. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda.

 

Getah buah betik

Image result
Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku anda dengan baik jika dilakukan dengan kerap.